Sabtu, 21 September 2013

gemuk kerana makanan berlemak

Gemuk ni ada bermacam macam jenis. Hari tu saya dah cakap pasal gemuk sebab angin, hari ni nak cerita gemuk sebab suka sangat makanan berlemak....

Ini berlaku kerana cara pemakanan kita adalah salah. Kita makan makanan yang tidak seimbang. Makanan yang kita makan terlalu banyak kalori dan rendah nutrisi. Kita suka makan makanan yang berlemak, berminyak, dan kurang zat.

Diet yang membolehkan terjadinya perkara ini adalah gula, tepung, dan lemak trans. Makanan yang terdiri daripada nilai kalori yang tersangat tinggi, sehingga boleh menjatuhkan nilai nutrisi dalam sesuatu makanan.

 Seseorang yang mengalami malnubesity sebenarnya bukanlah kelaparan, tetapi mereka kelaparan nutrisi. Sebab itulah orang yang gemuk sentiasa makan. Memang perut mereka lapar, tetapi apa yang perut minta adalah nutrisi, bukan lemak trans.

Sekali lagi saya katakan, sebab itulah orang yang gemuk sentiasa makan kerana cara pemakanan yang salah. Mereka telah memasukkan makanan yang bukan tubuh perlukan. Selagi badan tidak cukup nutrisi, selagi itulah mereka dalam keadaan kelaparan, lalu makan tanpa sedar.

Kita sentiasa makan kalori yang tinggi, tetapi kita kurang aktif. Ini mengakibatkan lemak-lemak tidak boleh dibakar. Ada diantara kita bekerja tanpa bergerak langsung. Berjam-jam duduk di pejabat. Mengakibatkan kita stress kerana kerja yang sangat banyak. Sebenarnya kita stress kerana lemak-lemak dalam badan, bukan kerana kerja. Kita selalu tersalah anggap tentang perkara ini. Tak percaya? Buang lemak itu dulu, apabila badan rasa senang, maka hati pun senang. Semua kerja berjalan lancar.

Jika anda serius nak kurangkan berat badan... Silalah hubungi saya segera yer.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan