Ahad, 6 Oktober 2013

Kencing manis dan gout

Jika anda berumur 30-an ke atas, anda boleh cuba tanya 10 orang daripada kawan atau saudara yang berada dalam lingkungan umur yang lebih kurang sama dengan kamu, berapa orang daripada mereka yang menghidapi masalah kencing manis (diabetes) dan gout.

Saya amat pasti bahawa sekurang-kurangnya 3 orang daripada 10 orang yang disoal itu telahpun menjadi mangsa daripada salah satu penyakit di atas itu.

Masalah kencing manis dan sakit gout telah pun menjadi satu ancaman utama kepada kesihatan rakyat Malaysia. Kedua-dua penyakit ini adalah penyakit moden yang berpunca daripada tabiat hidup yang semakin selesa.

Orang zaman moden sekarang kuat makan! Dan mereka suka makan apa-apa saja tanpa peduli khasiat makanan yang dimakan itu. Kedua-dua penyakit berpunca daripada masalah LEBIH makan yang menyebabkan kandungan gula dan asid urik yang lebih dalam darah.

Byk cara utk kurangkan dan sembuhkan penyakit-penyakiy ini... Tak salah kita berusaha dan mencuba. Pm saya.... Saya akan bantu....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan