Penyakit kencing manis adalah dimana kadar gula dalam darah berlebihan. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita.
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut.Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Tanda-Tanda Awal Kencing Manis
1. Kerap membuang air kecil
2. Berat badan yang menurun
3. Sentiasa merasa lapar
4. Sentiasa merasa haus dahaga
5. Letih yang tidak menentu
6. Pandangan semakin menjadi kabur
7. Mudah mendapat penyakit kulit
8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. Merasa penat dan sakit kaki
10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha
Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS
1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut
Dasyat kan... Jangan tunggu lagi... Jom kita cegah dan rawat.... Mahukan alternatif lain...? Pm saya..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan